Monday, November 2, 2009

My 1st entry, errm..

Hi there... eh Salam kepada pembaca, reader, bakal pembaca or whatever u called urself.
Apasal ada errm.. kt title ni. Ekceli dh ble declare diri sebagai blogger ke??? Masih x percaya. Tadi tengah nak main game kat FB. Lambat bebenor tapi x kuar2 pun game Cafe World tu. Last2 bosan menunggu, so cari la tudung2 yg cantik2. Sempat gak terbeli 2 helai shawls then tah cam ne tertekan diulang sekali dgn capital letter TERTEKAN (err cm ne nak bold word ni ek). ok sambung TERTEKAN 'create blog'. gatal tangan kan. mcm terawang2 je then sedar2 'your blog has been created'. o ok. Dh ada blog, so apa nak buat. Sedar2 (sekali lagi) sedang menulis entry ini. Cm tu la cerita kewujudan blog ni. Conclusionnya TERWUJUD!!! Fullstop.

Today is a very special day. Bagi diriku la. Org lain x tau lak. 2 November. Pada tarikh ini, 6 tahun yg lepas (jap, jap, betul ke 6 tahun. kena kira dulu..ooo silap 5 tahun lepas). Start semula, pada tarikh ini, 5 tahun yg lepas, aku telah declare sebagai couple, macam x sesuai je perkataan couple tu. actually declare untuk mempunyai relationship yg lebih serius dgn seseorg. Sebenarnya time tu bukan la mcm nak sangat kan. tapi x tau nak cakap cm ne my be dh sampai masa untuk membuka pintu hati even bukan la ada perasaan sangat.

Cam ne declare?? Xda la sampai bagi2 bunga then apa2 la. Malu la I. I kan brutal. Eceh. Masa tu My encik E ajak kuar. Huhu naik bas lagi. Ye la student masa ada transport sendiri. jauh lak dari mak bapak. Naik bas OMO. hahah budak2 UMS mesti kenal bas nih. Past tu Encik E ni cakap la 'awak teman saya cari barang utk my new cousin yg baru lahir'. So aku pun ok je lah. then ikut la. dari satu kedai ke satu kedai, heran gak apasal dia g kedai emas je. Mahal ooo hadiah kat budak kecik barang kemas. Cincin lak tu. yg herannya test kat jari aku. Lembap gk aku time tu patut ble pikir kan. Last2 aku cakap apasal bagi cincin kat budak kecik. bagi la gelang ke. Dia wat bodoh je. aku pun berfikir positif, mybe adat n budaya diorg cm tu. Lantak la.

Last2 dapat cincin yg muat2 saiz jari ku. tu pun besar sket. then dia beli then baru la aku terpikir. eh eh, cincin ni sebenarnya utk sapa? dia sengih2. OMG, OMG. Apakah ini? Then uncle yg jual cincin tu menyampuk ' ala, lu ambik la. dia sudah kasi'. Ish mengganggu urusan rumah tangga org lak uncle ni. then dh packing, bayar apa suma, dapat surat bukti pembelian gak, sempat gk aku request bekas cincin warna biru. x nak merah. cm org nak kawin je. alasan lain, blue is my favourite color.

ok kami g tempat yg privasi sket. then dia cakap nak aku pakai cincin tu. OMG, cm ne ni. Fikir dulu. Ready ke for komitmen? Thinking... thinking...then i said, ok. After all he had done. Hunting me for 1 and half year. Daripada aku benci sampai la say...ooo tidak. not yet. Then aku cakap lagi ' tapi saya sendiri yg pakai. x payah awak sarung kan pasal awak bukan husband saya'. Dia pun ok even cm upset sket. lepas dh pakai, aku perasan dia asyik senyum je n tangan dia pun cm shaking sambil memegang payung. He was very excited. dia jalan senyum sorang2. cam joker dlm citer batman lak aku tengok. Kami x cakap apa2 pasal declare but deep in my heart i know, how much he love me. Slama ni ingat dia suka je. Ok semua org pun tau suka n cinta dua perkara yg berbeza. Sapa2 yg x tau, sila tau sekarang. So, aku pun mendecide to try tidak 'allergik' terhadap love. Dlm hati aku berdoa, this is my first love n i pray this will be my last. Tapi pada waktu itu kalau tanya what is love, sumpah aku xtau.